Tuesday 4 September 2012

Gula Pasir: Pemanis Yang Boleh Membunuh



Gula merupakan salah satu makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan boleh memudaratkan manusia. Ia tidak diperlukan dalam diet kita kerana tubuh menukarkan banyak makanan lain menjadi glukosa apabila ia memerlukan tenaga.
Gula cuma menambahkan kalori tambahan yang jika tidak digunakan akan tersimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak memberikan sebarang nutrien atau zat makanan, sebaliknya zat-zat itu digunakan untuk memetabolismenya. Lebih buruk lagi gula sebenarnya menyingkirkan zat makanan daripada tubuh.
Itulah sebabnya digelar “kalori kosong” atau “makanan tanpa khasiat”. Selain itu, gula merupakan salah satu bahan yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Ia telah dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit yang merosakkan banyak organ tubuh. Malahan is telah dilabelkan sebagai satu-satunya bahan dari tamadun Barat yang paling memusnahkan.

No comments:

Post a Comment