Saturday 1 September 2012

JL3 ANUGERAH PEMANIS





Nama Tempatan : Tebu Hitam

Nama Saintifik : Sacharum Offcinarum

Keterangan
Salah satu herba yang boleh mengubati batuk, mengurangkan panas badan, menambah selera makan dan mengatasi masalah jantung berdebar. Air perahan tebu hitam juga mempunyai khasiat tersendiri termasuk mengubati batuk dan mengurangkan panas badan.

Cara Makan
Potong tebu hitam dalam panjang sedepa. Potong ikut kesesuaian atau panjang sejengkal dan belah kepada 4 supaya saiznya kecil tanpa dibuang kulit. Rebus tebu hitam tersebut dengan air sebanyak 2 liter ( 1 1/2 botol 1.5 liter) beserta gula batu sebesar ibu jari. Rebus sehingga mendidih dan minum ketika suam-suam.

Simpan air rebusan tersebut di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dahulu sebelum minum. Panaskan bila ingin minum. Minum sebanyak secawan sekali sehari.


Tindak Balas
Sila minum ketika hari cuti dan ketika anda betul-betul hendak tidur. Ini kerana, tindak balas akan berlaku dalam tempoh yang singkat selepas minum. Anda berpotensi untuk mengalami pening kepala @ kepala pusing tahap tertinggi. Senang cakap, anda akan terasa kepala dibawah dan lantai diatas. Jadi, pastikan pasangan anda memahami apa yang akan berlaku. Sediakan juga tuala basah untuk menutup kepala & muka bagi mengurangkan sedikit kepeningan dan kepanasan sekiranya ada. Sila banyak bersabar dalam tempoh pemulihan tersebut.

No comments:

Post a Comment